pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lori Pasir Yang Ragut Tiga Nyawa Di "Kampung Soi" Telah Di Bakar !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Lori pasir yang terlibat dalam kemalangan maut tiga sekeluarga di Kampung Soi dekat sini dipercayai telah dibakar oleh orang r...

KUANTAN: Lori pasir yang terlibat dalam kemalangan maut tiga sekeluarga di Kampung Soi dekat sini dipercayai telah dibakar oleh orang ramai. 

Difahamkan pemandu lori terbabit  menghilangkan diri selepas kejadian dan masih belum dikenal pasti. Bagaimanapun usaha mengesannya masih dijalankan memandangkan tiada laporan dibuat setakat ini.

Sementara itu, tinjauan di sepanjang jalan Peramu - Tanjung Lumpur - Kampung Soi petang semalam mendapati tiada lagi kelibat lori-lori pasir mealui jalan tersebut. Mungkin operasi dihentikan buat sementara waktu akibat insiden yang berlaku.

Sebelum ini seorang wanita maut dipersimpangan Komplek Yayasan Pahang akibat dilanggar oleh lori yang menjalankan aktiviti yang sama. 

Sudah banyak kali aduan dibuat oleh penduduk berkenaan sikap pemandu yang memecut laju tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalanraya yang lain. Dengan tiga kematian terbaharu, bermakna empat maut setakat ini.

Mungkin akibat tidak tahan dengan senario tersebut, maka orang ramai mengambil tindakan drastik dengan membakar lori yang meragut tiga nyawa itu semalam.

Apapun, pihak berkuasa digesa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemandu lori yang melangggar peraturan  serta membahayakan pengguna jalanraya yang lain. Keselamatan rakyat perlulah diutamakan. #pdonews



Advertisement

Post a Comment

 
Top