pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tragedi Kebakaran Di Tahfiz: PPIM Serahkan Lebih 30 Rakaman CCTV
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Rakaman daripada lebih 30 kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Datuk Ke...

KUALA LUMPUR: Rakaman daripada lebih 30 kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Datuk Keramat telah diserahkan kepada polis.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang terletak bereseblahan sekolah tersebut menyerahkan video tersebut untuk membantu siasatan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata dalam sidang akhbar pada Jumaat bahawa terdapat kelibat beberapa orang merayau di sekitar kawasan tersebut, namun pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat.

Nadzim turut menggesa agar undang-undang yang lebih ketat dilaksananakan bagi mengelak tragedi sama berulang.

"Ada yang kata ini sudah takdir, tapi tanpa undang-undang yang betul seolah-olah kita yang menjemput takdir itu," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top