[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



TV3: "Clever Girl", Kiera Berdepan Tindakan Jika Terus Sebar Fitnah !


PETALING JAYA: Pihak TV3 tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada seorang peserta Clever Girl Malaysia, Noor Syakirah Mohd Azam atau Kiera yang didakwa menyebarkan kenyataan palsu dan berunsur fitnah.

TV3 dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Ahad berkata, segala dakwaan melalui kenyataan asal bekas peserta rancangan tersebut  adalah tidak benar sama sekali.

“Pihak TV3 sentiasa mengambil berat tentang integriti rancangan kami dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu dan berunsur fitnah,” kata kenyataan itu.

Kiera Tarik Diri Sertai ‘Clever Girl Malaysia’

Kiera, 27,  membuat keputusan menarik diri pada Khamis lalu iaitu sehari sebelum siaran langsung rancangan berkenaan disiarkan.

Graduan Sains Kejuruteraan dari Universiti Oxford ini dalam kenyataan awalnya di laman sosial mendakwa, penarikan dirinya disebabkan dia mendapati terdapat unsur-unsur berat sebelah dan soalan bocor dalam pertandingan itu.

Namun kenyataan itu ditarik balik tidak lama kemudian atas alasan dia mempunyai perjanjian dengan TV3 agar tidak memberi sebarang komen terhadap keputusan dibuat.

Netizen pula berpendapat, peserta dari Pulau Pinang ini sebenarnya sering gagal menjawab beberapa soalan diberikan.

Program Clever Girl Malaysia bersiaran secara langsung pada hari Jumaat, pukul 9 malam hingga 10 malam di TV3. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]