IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Panas: Saifuddin 'Mungkin' Lawan Nasruddin Lagi Di Parlimen Indera Mahkota Pula ?


KUANTAN: Susulan dakwaan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Dato' Fauzi Abdul Rahman akan mengosongkan kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada calon lain bertanding pada PRU-14 ini, maka berita panas yang diterima kerusi ini panas kerana dua calon popular yang pernah bertemu pada PRU lalu akan bertanding di sini.

Menurut sumber Keadilan Pahang, Fauza akan bertanding di kerusi DUN N.17 Sungai Lembing kali ini sebagai langkah untuk menjadi Menteri Besar Pahang sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang. 

Tempat beliau akan digantikan oleh Dato' Saifuddin Abdullah bekas  Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang kini merupakan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan.

Saifuddin diberi peluang bertanding dikerusi selesa supaya beliau menang dan boleh bersuara dengan mudah di parlimen selepas ini. Tambahan pula sebelum ini beliau adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan bekas seorang Timbalan Menteri dibawah kepimpinan Datuk Sri Najib Razak. 

Sekiranya benar dakwaan tersebut maka, Saifuddin sudah pasti akan bertemu sekali lagi dengan seteru yang menewaskan beliau di Parlimen Temerloh pada PRU13 lalu iaitu Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dari PAS. 

Ini kerana, sumber PAS juga menyebut Nasruddin akan beralih arah ke Parlimen Indera Mahkota kerana beliau sudah tidak selamat lagi untuk berada di Temerloh. Pada PRU13 lalu, Nasruddin menang ke atas Saifuddin di Parlimen Temerloh dengan majoriti 1,070 undi.

Tambahan pula dua ADUN Pakatan Rakyat yang membantu kemenangan beliau di Temerloh iaitu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Mentakab) dan  Syed Hamid Syed Mohamed (Kuala Semantan) kini bersama Pakatan Harapan (PH).

Sekiranya sah kedua-dua pemimpin ini bertanding di Indera Mahkota, maka kerusi ini pasti panas kerana dua calon popular bakal bertembung selain calon tempatan dari UMNO BN. #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]