IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Azwan Ali Mahu Tanding Bebas, Di Mana-Mana Kerusi Azmin Tanding !


KUALA LUMPUR: Selebriti kontroversi Azwan Ali akan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum 9 Mei depan berdepan abangnya Azmin, yang juga Menteri Besar sementara Selangor.

“Saya tetap akan cari di mana lubang Azmin Ali bertanding, di situlah saya akan bertanding.

“Saya akan masuk di mana kawasan dia ada,” kata Azwan yang turut dikenali sebagai Diva AA kepada Malaysiakini hari ini.

Azmin adalah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dan parlimen Gombak.

Beliau mengakui kempennya nanti lebih peribadi.

“Saya nak telanjangkan Azmin Ali. Dia akan ditelanjangkan.

“Itu antara manifesto saya,” katanya yang sering mengkritik saudara kandungnya itu.

'Memang nak keruhkan hubungan'

Ditanya sama ada langkah itu hanya akan mengeruhkan hubungan kekeluargaan mereka, Azwan mengakui perkara itu.

“Tidak, memang nak keruhkan.

“Memang nak bagi rakyat tahu siapa bangsat itu.

“Sekurang-kurangya undi berpecah, (antara) nak sokong dia, kerajaan atau adik yang sungguh-sungguh nak jatuhkan dia ini,” kata Azwan lagi.

Azwan sebelum ini membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan rasuah abangnya itu. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Dapa nak undi auuuw azwan? Buar ,e,bazir duit ler...

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]