[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Di Tipu Oleh "Katering", Pasangan Pengantin "Bawa Kes" Ke Tribunal Pengguna


KUANTAN: Pasangan pengantin yang didakwa ditipu syarikat pengendali makanan dan pengurusan perkahwinan tampil membuat aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri, kelmarin.

Pasangan pengantin itu, Mohd Nor Afzarizal Zulkipli, 35, dan Amy Nur Alice Kamaruddin, 23, mengemukakan laporan bertulis kerana tidak puas hati dengan perkhidmatan disediakan pengendali majlis berkenaan pada majlis resepsi mereka di Dewan Kolej Universiti Widad, Kuantan, pada 24 Mac lalu.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada pelbagai pihak bagi menuntut keadilan untuk dirinya dan keluarga.

Beliau mendakwa syarikat berkenaan masih tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelesaikan perkara itu, walaupun sudah lebih seminggu kejadian berlaku.

“Kami akan mengemukakan salinan aduan bertulis tribunal ini kepada pejabat cawangan syarikat katering untuk makluman mereka.

“Kes ini akan didengar pada 30 April ini dan pihak tribunal memaklumkan supaya kami sebagai pengadu dan pihak syarikat terbabit perlu hadir bagi mengemukakan hujah dan fakta masing-masing,” katanya yang tinggal di Taman Kotasas di sini.

Menurutnya, sekiranya pihak syarikat atau wakil mereka gagal hadir ke perbicaraan itu, hanya hujahan pihak mereka akan didengar dan dinilai tribunal pengguna terlebih dahulu sebelum perintah undang-undang dikeluarkan kepada syarikat berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd Nor Afzarizal menjelaskan dia dan isteri sentiasa terbuka untuk berunding dengan pihak katering berkenaan kerana mahu perkara tersebut diselesaikan segera.

Beliau turut membuat laporan di Balai Polis Indera Mahkota, Kuantan, Jumaat lalu untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini , media melaporkan pasangan pengantin berkenaan terpaksa menanggung malu selepas majlis perkahwinan diadakan mengalami beberapa masalah.

Mereka mendakwa, pihak syarikat berkenaan turut melantik pasangan selebriti popular tanah air sebagai duta syarikat itu gagal menyediakan apa ditawarkan pada hari majlis.

Antara perkara didakwa gagal ditunaikan pihak katering adalah tidak menyediakan menu sambal sotong untuk 500 tetamu seperti dijanjikan atas alasan ia tertumpah di atas lori. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]