IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Hadi Tegaskan, Tak Akan Berlaku Perebutan Kerusi Dalam Gagasan Sejahtera


PUTRAJAYA: Gagasan Sejahtera menegaskan tidak akan berlaku perebutan pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seperti yang berlaku kepada gabungan pembangkang PKR.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, pihaknya telah bersetuju untuk mengagihkan 160 kerusi menerusi pembincangan antara parti-parti dalam Gagasan Sejahtera.

"Tidak akan berlaku bercakaran seperti mereka, kita tidak ada kuku (bercakaran).

"Malah Gagasan Sejahtera yang dianggotai Pas, Parti Ikatan Bangsa Malaysia Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) bersetuju menggunakan satu logo sahaja iaitu Pas dalam PRU-14," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Dokumen Malaysia Sejahtera di sini.

Turut hadir sama, Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Presiden Berjasa, Abd. Kadir Mamat.

Pada masa sama, Abdul Hadi selaku Presiden Pas berkata, pihaknya akan meletakkan calon Pas untuk kerusi Parlimen Langkawi.

Beliau berkata, beliau menghormati keputusan Abdul Kadir yang tidak bersedia untuk bertanding dalam PRU-14.

Sebelum ini, Pas menamakan Abdul Kadir untuk kerusi Parlimen Langkawi kepada Ikatan, sebaliknya Presiden Ikatan itu menolak tawaran berkenaan.

Selain itu, Abdul Hadi memaklumkan Gagasan Sejahtera menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen dalam pilihan raya kali ini sekali gus boleh membentuk Kerajaan Persekutuan.

Katanya, Pas mewujudkan Gagasan Sejahtera kerana berdasarkan pengalaman kerjasama politik sebelum ini bersama PKR dan DAP.

"Ini telah membuka ruang kepada kami mewujudkan Gagasan Sejahtera yang kini mengamalkan amalan politik matang dan sejahtera.

"Malah walaupun sebelum ini ketika kerajaan campuran di Perak apabila Menteri Besar dilantik daripada Pas, tetapi yang mendominasi adalah DAP," katanya. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Memang tak berlaku perebutan kerusi sbb PAS sapu semua kerusi .Gagasan sejahtera hanya PAS yg lain parti nyamuk agas hanya ada pemimpin tak ada penyokong.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]