PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Dr Mahathir: PH Akan Mansuhkan Beberapa Undang-Undang Jikalau Menang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) akan memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Anti-berita Tidak B...

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH) akan memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Anti-berita Tidak Benar 2018, sekiranya mereka menawan Putrajaya.

Pengerusi PH itu turut menyatakan ingin memansuhkan Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

Dakwanya undang-undang tersebut bersifat zalim dan menindas rakyat.

“Kita juga akan memansuhkan peruntukan zalim yang terdapat dalam Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Kesalahan Keselamatan, Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015, katanya dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Hadir sama, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top