IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

"Pegawai Khas" Kepada Menteri Pengangkutan, "Bakal Calon" BN Parlimen Kuantan


KUANTAN: Pegawai Khas Menteri Pengangkutan, Datuk Andrew Wong Kean Hwee (foto) dilaporkan bakal mewakili BN untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuantan pada PRU14 ini. 

Biar pun kerusi tersebut "kontroversi" dan menjadi pertikaian antara parti komponen BN terutamanya UMNO, namun dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan muktamad kerusi parlimen itu dikembalikan kepada MCA selepas UMNO gagal merampas kerusi itu sejak dua penggal lalu.

Difahamkan Andrew sudah mula melakukan gerak kerja sejak tahun lalu. Banyak aktiviti beliau menjurus ke aras kebajikan dan sosial. Malah, beliau banyak menghulurkan sumbangan derma kepada beberapa buat NGO dalam usaha mendekati rakyat mutakhir ini.

Apa pun, keputusan rasmi akan diumumkan oleh Pengerus BN Pahang dalam masa terdekat ini. Jika benar MCA bertanding, maka mereka memiliki tiga kerusi parlimen di Pahang untuk ditandingi pada PRU14 ini iaitu Kuantan, Bentong dan Raub. #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]