SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





Pakar Motivasi "Asmaul Husna", Bakal Calon PAS DUN Inderapura


KUANTAN: Bekas Pensyarah Dan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Dr Wan Maseri Wan Mohd (foto) dilaporkan akan menjadi calon PAS bagi kerusi DUN Inderapura, Parlimen Kuantan pada PRU14 ini.

Beliau yang juga merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif UMP Holding Sdn juga pernah kerhidmat sebagai Pensyarah di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan 
Ketua Unit MIS, Universiti Multimedia, Melaka. 

Beliau amat popular sebelum ini kerana 'Rahsia Asmaul Husna". Malah, beliau merupakan Canselor Di University Of Asmaulhusna yang banyak mengadakan program motivasi untuk ibubapa dan anak-anak ke seluruh negara. 

Berdasarkan kepada ketokohan dan pengalaman yang ada kepada beliau, ternyata dia bakal menjadi pesaing hebat kepada dua calon lain dari Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada kali ini. 

Keputusan PAS mencalonkan tokoh ini, pasti memberikan tamparan cukup hebat kepada dua calon lain sebenarnya. Apapun, nantikan pengumuman rasmi calon Gagasan Sejahtera di Padang Awam Cenderawasih pad 19 April ini. #PDO




0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]