[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



ADUN Teruntum Meminta Rakyat "Tegur" Sekiranya Beliau Lakukan Kesalahan


KUANTAN: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang meminta penduduk di daerah ini untuk menegurnya jika gagal melaksanakan tanggungjawabnya.

Sim berkata sebagai wakil rakyat yang diberi kepercayaan, beliau mahu berazam untuk menggunakan tempoh masa selama lima tahun akan datang untuk menyelesaikan sebanyak mungkin masalah rakyat.

"Kalau saya sombong, sila tegur. Kalau saya buat kerja dengan baik, boleh puji, tapi jika saya ada buat silap atau salah tolong tegur. Kita bukan seperti UMNO yang tidak boleh ditegur," katanya.

Sim berkata demikian pada Jamuan Kesyukuran Rakyat di Padang Kemunting di sini, hari ini, yang turut dihadiri Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan kira-kira 2,000 penduduk.

Sim, wakil rakyat PKR, juga meminta penduduk di Kuantan yang berhadapan masalah supaya berjumpa dengannya dan memberitahu 'perkhidmatannya tidak terhad kepada penduduk di sekitar daerah ini sahaja'. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]