IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

AMK Pahang Mendakwa Perdana Menteri Pegang Jawatan Menteri Bercanggah Manifesto Pakatan Harapan


KUANTAN: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang mengkritik keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memegang portfolio Menteri Pelajaran, seperti diumumkan semalam.

Ketuanya Wong Chun Yuan berkata keputusan itu bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan bertentangan dengan agenda Reformasi Pakatan Harapan yang membawa agenda mengelakkan penumpuan kuasa Perdana Menteri, malahan bertentangan dengan Manifesto Pakatan Harapan.

"Saya merasa kesal dengan Pengumuman Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad di mana beliau akan memegang Jawatan Menteri Pelajaran. 
Seperti yang dijanjikan dalam Buku Harapan Janji 12, Pakatan Harapan akan Menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dan menstruktur semula Jabatan Perdana Menteri.

"Sebarang tindakan bertentangan dengan manifesto bukan sahaja akan mengecewakan para penyokong PH, malah ia mengecewakan anak-anak muda yang menaruh harapan tinggi terhadap kerajaan baru PH. Saya mendesak Dr Mahathir supaya memegang kepada manifesto PH dan menarik balik keputusan itu,” katanya.

“Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya jawatan Menteri Kewangan.” juga dirangkumi dalam janji tersebut.

Sebarang tindakan bertentangan dengan Manifesto Pakatan Harapan bukan sahaja akan mengecewakan para penyokong Pakatan Harapan, malah akan mengecewakan anak-anak muda yang menaruh harapan tinggi terhadap Kerajaan Baru Pakatan Harapan.

"Saya mendesak Tun Dr Mahathir supaya memegang kepada Manifesto Pakatan Harapan dan menarik balik keputusan memegang jawatan Menteri Pelajaran" kata kenyataan di facebook beliau.

Dr Mahathir semalam turut  mengumumkan timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memegang portfolio Menteri Wanita dan Kebajikan.

Perdana Menteri sebelum ini menamakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, Presiden Amanah Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri. #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]