IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Dana Politik Milik Parti, Bukannya Untuk Di Simpan Di Bawah Bantal !


PEKAN: Permintaan UMNO agar polis memulangkan baki sumbangan kempen dan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dirampas pihak berkuasa itu turut menarik reaksi pelbagai pihak tentang isu berkenaan.

Presiden Persatuan Anak Kelahiran Pahang (PAKP), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, walaupun derma atau dana pembiayaan politik dibenarkan di bawah undang-undang negara ini, namun tempat menyimpannya menimbulkan persoalan.

"Kita semua maklum, pembiayaan serta dana politik dibenarkan tetapi ia perlu melalui cara yang sah dan mempunyai langkah-langkah sewajarnya bagi mengelak salahguna dana berlaku.

"Ia perlu melalui proses seperti pengisytiharan dana politik yang diterima, penyata perbelanjaan sepanjang kerja-kerja kempen parti dan sudah pasti dana berkenaan perlu dimasukkan ke akaun parti, bukan akaun individu apatah lagi sesuka hati disimpan di rumah presiden parti atau anak beranaknya? Syed Faiz berkata, kalau begitu saya bertanding, saya pun hendak cari derma kempen banyak-banyak dan simpan sahaja dalam rumah, boleh? Soalnya.

"Sebelum terpalit isu ini, bekas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri ketika masih bergelar Perdana Menteri dan Presiden UMNO mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) pada Ogos 2015.

Malah ia kononnya satu jawatankuasa yang komprehensif berserta saranan yang konstruktif bagi menggubal dan mencadangkan satu sistem pembiayaan politik yang tersusun bagi melahirkan budaya berintegriti.

Ketika itu, ramai berpendapat bahawa ia akan menjadi pelengkap kepada undang-undang lain yang sedia ada seperti Akta SPRM 2009, Akta Suruhanjaya Pilihan Raya, Akta Kesalahan Pilihan Raya, Akta Pendaftar Pertubuhan dan Akta Pengubahan Wang Haram serta Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Jika benar ia dibuktikan sebagai dana yang diselewengkan, maka jawatankuasa tersebut hanyalah 'wayang' bagi menutup kesalahan yang dilakukan selama ini malah ia satu perkara yang mengejutkan apabila serbuan yang dilakukan di beberapa buah kediaman milik Najib dan anaknya menemui ratusan juta ringgit di mana sebahagiannya didakwa sumbagan dana politik milik UMNO.

Syed Faiz berkata, pemantauan dana atau sumbangan politik hanya dapat dijalankan dengan berkesan apabila keperluan melaporkan sumber dana politik itu menjadi mandatori kepada semua pihak yang terlibat dalam aktiviti politik.

Kalau parti politik tidak mematuhi apa jua peraturan yang diperkenalkan maka usaha memupuk budaya berintegriti tidak akan berkesan.

Malah lebih memalukan, presiden parti kerajaan terdahulu yang cadangkan, tetapi apa yang berlaku sebaliknya di mana beliau pula yang 'sorok duit bawah bantal'. Katanya ketika ditemui pemberita.

Bila sudah terbongkar baru hendak cakap itu derma politik, nak tuntut semula. Sepatutnya dari awal mereka perlu bertindak telus, bukan sesuka hati simpan dana kempen seperti milik sendiri.

Beliau berkata, bagi mengelak isu ini berulang pada masa akan datang maka pemantauan dana politik amat penting bagi menutup segala ruang dan peluang kepada perlakuan rasuah.

Oleh itu, setiap dana politik yang disalurkan perlu diaudit dan direkodkan bagi menunjukkan ketelusan setiap parti terlibat.

Pembiayaan politik di peringkat pusat mahupun negeri perlu disalurkan terus ke akaun parti bagi meningkatkan ketelusan dan keyakinan rakyat terhadap pertubuhan politik itu. Akhirinya.. #PDO

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Kejora Bapuk Bodo said...

Kat mana lojiknye dana politik beratus juta disimpan di rumah bersama emas intan berlian dan beg tangan birkin.....ahli2 umno tak syak ker wang dana politik boleh disalahguna untuk peribadi ato ahli2 umno masih kekal buduuh..

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]