IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Giliran "ADUN" Pakatan Harapan Pula "Mengadap" Sultan Perak Di Istana Kinta


IPOH: Beberapa pemimpin Pakatan Harapan Perak mula memasuki perkarangan Istana Kinta tengah hari ini bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini.

Antara yang masuk menghadap ialah Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu bagi membincangkan pembentukan kerajaan negeri.

Terdahulu, Sultan Nazrin menerima menghadap tiga wakil rakyat Pas
Pas iaitu Mohd. Akmal Kamarudin Selama, Khalil Yahaya (Kubu Gajah) dan dan Razman Zakaria (Gunong Semanggol).

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang turut menghadap Sultan Perak, turut dilihat sudah meninggalkan Istana Kinta.

Semalam Sultan Perak menitahkan Pakatan Harapan membuktikan kedua-dua parti sudah mempunyai majoriti mudah  30 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.

Pembentukan kerajaan negeri Perak masih tergantung setelah tiada parti yang memperoleh majoriti mudah iaitu Pakatan Harapan 29, BN 27 dan Pas 3. #sumber



0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]