PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Hj Hadi: Sumbangan Rakyat Perlu Untuk 'Bina' Negara Berkebajikan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA TERENGGANU: Rakyat perlu bersama-sama menyumbang kepada negeri jika ingin memastikan konsep negara berkebajikan mengikut acuan Is...

KUALA TERENGGANU: Rakyat perlu bersama-sama menyumbang kepada negeri jika ingin memastikan konsep negara berkebajikan mengikut acuan Islam berjaya mencapai matlamatnya, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata rakyat perlu meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan diri dengan membenarkan kerajaan melaksanakan dahulu pentadbiran mengikut ajaran Islam sebelum bertindak meminta apa- apa sahaja demi memenuhi kehendak dan kepentingan peribadi masing- masing.

"Yang penting ialah melaksanakan hukum Allah dahulu. Jangan pula bila dah menang kena dengar permohonan aku (rakyat) nak mintak tanah, nak itu nak minta ini. Inilah perangai orang Yahudi yang di zaman dahulu terhadap rasul dan nabi yang menyeru ke jalan Allah. Mereka bukan nak menegakkan agama Allah tetapi berjuang untuk kepentingan diri sendiri."

"Dalam negara berkebajikan, Islam menggalakkan rakyatnya membuat kebajikan, bukan tunggu sahaja negara buat kebajikan. Kita tengok zaman dahulu, semangat umat Islam bina masjid pakat guna duit sendiri kerana nakkan pahala dengan titik peluh mereka," katanya ketika menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, hari ini.

Tambahnya, memang tidak dinafikan kerajaan bertanggungjawab untuk buat kebajikan tetapi ia jadi lebih sempurna jika semua pihak memainkan peranan.

Dalam pada itu, Abdul Hadi juga mengingatkan umat Islam di negara ini supaya lebih peka terhadap masalah umat Islam di seluruh dunia yang sedang menderita akibat kekejaman sesetengah orang kafir seperti di Palestin, Rohingya dan lain- lain dengan cuba membantu sama ada melalui doa mahupun wang ringgit. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top