PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Imigresen Nafi Najib Dan Rosmah Di Senarai Hitam Ke Luar Negara !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Jabatan Imigresen Malaysia menafi dakwaan sebuah portal tempatan yang mendakwa bekas Perdana Menteri dan isterinya telah...

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia menafi dakwaan sebuah portal tempatan yang mendakwa bekas Perdana Menteri dan isterinya telah disenarai hitam ke luar negara.

Terdahulu, sebuah portal tempatan mendakwa hasil Semakan Status Perjalan Imigresen (SSPI) bekas pemimpin berkenaan termasuk isterinya telah disenarai hitamkan oleh jabatan tersebut.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali mengesahkan perkara berkenaan.

"Dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan saya mengesahkan perkara tersebut.

"Sehingga hari ini, pemimpin itu dan isterinya tidak pernah disenarai hitam seperti yang didakwa sesetengah pihak dan tiada halangan untuk mereka keluar negara," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Difahamkan, sebuah pesawat persendirian yang berpangkalan di Indonesia dijadual mendarat di lapangan terbang tersebut untuk membawa pengerus sebuah parti politik itu bersama isterinya ke negara berkenaan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top