PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Istiadat "Angkat Sumpah" Menteri Besar "Serentak" Perlantikan Exco Kerajaan Negeri Pahang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PEKAN : Istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Pahang yang dijadualkan berlangsung semalam ditangguhkan sementara bagi memberi peluang...

PEKAN: Istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Pahang yang dijadualkan berlangsung semalam ditangguhkan sementara bagi memberi peluang kepada Istana Pahang mengenali muka baharu yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, Rabu lepas.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, penangguhan itu juga dilakukan kerana baginda merasakan ‘ia perlu dilakukan’ dan tiada sebab lain.

“Saya perlukan masa dan tiada masalah untuk menubuhkan kerajaan... Saya hanya perlukan sedikit masa untuk mengenali semua anggota kerajaan,” titah ba­ginda kepada pemberita di Istana Abu Bakar, semalam.

Tengku Abdullah ditemui selepas menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat Kebesaran Pahang bersempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kepada 189 penerima.

Sumber memaklumkan pelantikan Menteri Besar Pahang dijadualkan berlangsung  sebelum istiadat pengurniaan, namun pihak media kemudiannya difahamkan majlis itu ditangguhkan sementara dan akan dilangsungkan sebelum 1 Ramadan nanti.

Tengku Abdullah juga tidak menolak kemungkinan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Pahang akan dilakukan serentak dengan pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Sementara itu, ditanya mengenai perjumpaannya dengan bakal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu yang dilakukan secara berasingan mengikut parti di Istana Abdul Aziz di Kuantan semalam, Tengku Abdullah bertitah, ia perkara biasa.

“Tiada apa... saya jemput datang dan saya sentiasa suka berjumpa, bertanya khabar (mereka) dari kawasan mana,” titah ba­ginda.

Sebelum ini, Tengku Abdullah difahamkan telah berkenan menerima menghadap bakal ADUN Pahang di istana baginda yang dimulakan dengan wakil Pas, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN).#sumber


Advertisement

Post a Comment

 
Top