[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Isu Potong Telinga Adnan, Menjadi Viral Selepas "BN Tewas" Di Kerusi Parlimen Bentong


KUANTAN: Isu "potong telinga Adnan" kini menjadi bahan jenaka di media sosial. Ramai netizen yang kini menunggu bilakah beliau akan berbuat demikian. Adnan pernah mengeluarkan kenyataan tersebut pada PRU13 lalu.

Datuk Seri Adnan Yaakob yang kekal sebagai Menteri Besar Pahang dikhabar mengangkat sumpah pagi ini. Beliau memegang tampuk pemerintahan  negeri ini untuk penggal ke lima dan menjadi MB yang paling lama berkuasa.

Isu "potong telinga" menjadi viral selepas kerusi Parlimen Bentong tumbang kepada Pakatan Harapan pada PRU14 lalu.

Calon PH yang pernah ditewaskan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tong Lai pada PRU13 lalu iaitu Wong Tack berjaya mengalahkannya kali ini.

Wong Tack menang dengan majoriti 2,032 undi pada pertembungan tiga penjuru di kerusi parlimen itu. Tong Lai mendapat 23,684 undi manakala Wong Tack pula meraih 25,716 undi. Sementara itu, calon PAS N.Balasubramaniam hanya mendapat 5,706 undi sahaja.

Susulan kekalahan BN di kerusi parlimen Bentong maka netizen menggesa Adnan potong telinga bagi membuktikan cabaran beliau sebelum ini (PRU13). 

Namun, Adnan pada satu kenyataan selepas isu tersebut dulu mendakwa apa yang diungkapkan kepada media hanyalah "kiasan" semata-mata untuk membuktikan tahap keyakinan beliau bahawa BN akan tetap utuh mempertahankan kerusi tersebut pada PRU13.

Justeru, semua pemimpin politik digesa lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan selepas ini, agar ia kelak tidak disalah tafsir dan memakan diri. #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]