PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Jawatan Di Peringkat Persekutuan Ialah Keputusan Pucuk Pimpinan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Jawatan di peringkat persekutuan adalah keputusan pucuk pimpinan.  Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, menyifatkan jawatan d...

KUANTAN: Jawatan di peringkat persekutuan adalah keputusan pucuk pimpinan. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, menyifatkan jawatan di peringkat berkenaan bukan satu keistimewaan malah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan untuk rakyat.

"Ini bukan satu keistimewaan tetapitanggungjawab berat yang perlu digalas, Jika diberi kepercayaan itu saya akan laksanakan sebaiknya...buat masa ini, keutamaannya adalah berkhidmat untuk rakyat Kuantan,” katanya  ketika menjawab mengenai Kabinet Baharu Malaysia yang tular di media.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak akan melobi untuk mendapatkan jawatan tersebut dan akur dengan keputusan yang akan di buat.

Dalam Kabinet tular  itu, Fuziah dicatatkan sebagai Timbalan Menteri Kesejahteraaan Bandar dan Kerajaan Tempatan.

Sementara itu, Fuziah turut memberitahu media, perlantikan pemimpin Pakatan Harapan (Harapan) untuk menganggotai barisan kabinet dijangka akan dimuktamadkan dua minggu lagi.

"Sebagai permulaan, hanya tiga jawatan utama diumumkan pucuk pimpinan.

"Mungkin mereka akan ambil masa untuk meneliti barisan kepimpinan yang sesuai dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Saya difahamkan.. isu barisan kabinet ini mengambil masa tetapi ia akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu,” katanya.

Beliau sebelum itu menghadiri Majlis Jamuan Rakyat Parlimen Kuantan di Padang Kemunting, petang, kelmarin.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang.

Kira-kira 2,000 penduduk sekitar Kuantan hadir pada majlis itu.

Pada PRU14 lalu, Fuziah memperoleh 22,807 undi menewaskan calon dari BN Datuk Wong Kean Hwee (13,767) dan calon Pas, Sulaiman Md Derus (14,696) dengan majoriti 8,111 undi.

Dalam pada itu, Fuziah bercadang untuk membuka klinik rakyat untuk mendengar permasalahan rakyat.

Jelasnya, perkara tersebut akan dilaksanakan selepas semuanya selesai.

“Rakyat boleh membuat aduan di klinik rakyat yang akan diwujudkan nanti dan  saya juga berikrar akan hadir m sebulan sekali bagi mendengar aduan mereka.

“Jika saya tiada, Yb Sim ( Chon Siang) dan Pegawai Khas saya, Fakhrul Anuar Zulkawi akan mengambil alih aduan yang dibuat,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top