IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Jho Low Di Arah 'Serahkan' Kapal Layar Mewah Equanimity Kepada Pihak Berkuasa US


LOS ANGELES: Ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho diarah menyerahkan kapal layar mewahnya, Equanimity yang bernilai AS$250 juta kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) yang merancang membawanya dari Indonesia dan menjualnya di AS.

Semalam, hakim di Los Angeles, Dale Fischer berkata keputusannya itu tidak menyekat kedaulatan Indonesia, di mana sebuah mahkamah bulan lalu mengarahkan kapal layar sepanjang 300 kaki itu dikembalikan kepada Low, selepas mendapati polis negara itu menyita Equanimity atas arahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

“Ini bukannya isu kerajaan AS merampas harta secara paksa dalam sebuah negara asing tanpa kuasa sewajarnya dari kerajaan negara itu,” kata Fischer.

Sehubungan itu, Fischer mengarahkan pihak yang mempunyai hak milik ke atas Equanimity bagi pihak Low, menyerahkan kapal layar itu tanpa rampasan oleh AS di perairan Indonesia.

Hakim itu berkata, pihak itu boleh mematuhi perintah berkenaan atau sebaliknya, “bergantung kepada akibat yang mereka suka”.

Pihak itu diberikan 30 hari untuk cuba mencabar keputusan itu kerana sifat unik prosiding itu.

Kapal layar itu antara lebih AS$1.5 bilion aset yang AS dakwa Low dan rakan subahatnya beli dengan wang yang mereka seleweng dari dana 1MDB.#sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]