[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Kecewa Keputusan PRU-14, Najib Mohon Maaf Sebelum Keluar Cuti


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil keputusan untuk bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga selepas kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Dalam satu catatan di Twitter miliknya hari ini, beliau berkata BN komited untuk membantu proses peralihan kuasa seperti yang dinyatakannya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini. 

"Selepas empat puluh tahun dalam arena politik dan berdasarkan kempen pilihan raya baru-baru ini yang dilihat merupakan satu detik penting dalam sejarah Malaysia, saya membuat keputusan untuk bercuti untuk tempoh yang pendek dan meluangkan masa bersama keluarga.

“BN hormati kehendak rakyat dan akan membantu untuk memudahkan proses peralihan kuasa.

"Apa yang terbaik untuk Malaysia dan rakyatnya sentiasa menjadi keutamaan saya. Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dengan kapasiti yang ada," kata Najib.

Keputusan PRU14 menyaksikan sejarah baharu terlakar apabila Pakatan Harapan (Harapan) berjaya memperoleh majoriti mudah melalui kemenangan di 113 kerusi Parlimen.

Ia sekaligus membolehkan Harapan menerajui mandat pemerintahan negara buat pertama kali selepas 60 tahun diperintah BN.

Manakala, hasrat BN untuk mengekalkan pentadbiran negara tidak kesampaian apabila hanya mampu menang di 79 kerusi Parlimen.  

Berdasarkan pemilihan rakyat pada 9 Mei lalu, Najib menerusi Twitter beliau memohon maaf kepada penyokong BN dan rakyat Malaysia.

“Saya berdoa selepas keadaan berpecah belah ini, negara akan bersatu.

"Saya minta maaf atas sebarang kelemahan dan kesilapan, dan terima kasih rakyat Malaysia kerana memberi peluang kepada saya untuk memimpin negara hebat kita ini.

"Ia merupakan satu pencapaian dan kebanggaan bagi diri saya untuk berkhidmat untuk anda dan Malaysia," tambah Najib. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]