PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Kediaman Najib "Jadi Tumpuan" Pengamal Media Tempatan, Asing
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Lebih 100 pengamal media tempatan dan asing berkumpul berhampiran kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Naji...

KUALA LUMPUR: Lebih 100 pengamal media tempatan dan asing berkumpul berhampiran kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta di sini, malam ini.

Ia berikutan 16 kenderaan polis bersama sebuah trak dilihat memasuki kediaman Najib pada kira-kira 10.15 malam tadi.

Tinjauan Bernama mendapati orang awam termasuk penduduk di sekitar kawasan taman perumahan itu turut berkumpul berhampiran laluan masuk ke kediaman Najib untuk merakam situasi berkenaan selain mendapatkan perkembangan terkini.

Keadaan itu menyebabkan kesesakan lebih 500 meter di laluan Jalan Taman Duta.

Sehingga 12.40 tengah malam ini, anggota dan pegawai polis masih berada di dalam kediaman bekas Perdana Menteri itu.

Sementara itu, tinjauan di sebuah apartmen mewah di Jalan Raja Chulan mendapati lebih 10 kenderaan polis dan puluhan anggota serta pegawai kanan polis Bukit Aman dilihat berada di sekitar lobi dan perkarangan kediaman tersebut.

Usaha Bernama untuk mendekati kawasan berkenaan gagal apabila beberapa anggota polis bertindak menghalang serta merampas telefon bimbit untuk memadamkan gambar yang dirakam ketika operasi itu dijalankan.

Bagaimanapun, sejurus gambar yang diambil wartawan dipadamkan, anggota polis terbabit memulangkan kembali telefon bimbit tersebut kepada pemiliknya.

Percubaan Bernama bagi menghubungi Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun turut gagal apabila tiada respons daripada panggilan dan pesanan yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top