[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Kerajaan Tak Boleh Hukum Najib Secara "Undang-Undang Rimba" !


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dijatuhkan sebarang hukuman sebelum benar-benar terbukti bersalah.

Ketua umum Pakatan Harapan itu berkata tindakan terhadap Najib hendaklah mengikut proses perundangan sebenar dan bukan secara undang-undang rimba.

“Orang kata Najib bersalah, tapi kita kena ikut proses. Saya beritahu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan dia kata, pergi cari dokumen dan sebagainya.

“Saya setuju tapi kena ikut proses. (Perasaan) marah kita, benci kita, jangan menyebabkan kita tinggal landasan hukum. Negara ini ada hukum dan kita berjuang untuk tegakkan negara hukum, bukan hukum rimba.

“Walaupun kita percaya ada cukup alasan untuk mendakwa Najib tapi kita mesti ikut peoses yang cukup sebelum dakwa,” katanya di majlis berbuka puasa di kediamannya di Bukit Segambut malam tadi.

Anwar mengulas tentang proses pencarian bukti yang sedang giat dijalankan pihak berkuasa sekarang ini, dan komitmen kerajaan Pakatan Harapan untuk menyiasat skandal pentadbiran lepas.

Anwar memberitahu hadirin kemenangan Pakatan Harapan tidak bermakna ia membenarkan proses membalas dendam terhadap musuh.

“Jangan kemenangan kita itu menghilangkan rasa syukur kepada Allah. Kalau kita syukur kita kena ikut perintah Allah. Jangan kita kata syukur kepada Allah, kita bantai dia, terus suruh tangkap. Itu namanya dendam.

“Apa yang penting kita tegakkan undang-undang,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]