PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Abang Johari Menafikan, Kerajaan Negeri Sarawak Mahu "Sertai PH"
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUCHING : Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menafikan Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyertai Pakatan Harapa...

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menafikan Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyertai Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata namun begitu kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan tetap akan dijalin memandangkan ada bidang kuasa terletak di bawah kerajaan pusat.

"Tidak (menimbang untuk sertai Pakatan Harapan), apa yang akan ada ialah kerjasama antara kedua-dua pihak di bawah sistem persekutuan jadi perlu ada kerjasama kerana beberapa bidang tertentu adalah di bawah kuasa persekutuan, itu sahaja," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Abang Johari yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sarawak berkata keputusan tidak menyertai Pakatan Harapan bukan bererti mereka ingin menjadi menjadi sebuah pembangkang yang kuat sebaliknya keputusan diambil untuk kepentingan rakyat Sarawak.

Ketika ditanya bagaimana dengan pelaksanaan projek yang telah diumum sebelum ini, Abang Johari berkata projek oleh kerajaan negeri tidak terjejas kerana menggunakan dana sendiri. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top