PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ketua Pergerakan Wanita UMNO Sabah, Armani Mahiruddin Sertai Warisan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SANDAKAN:  Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Sabah, Datuk Armani Mahiruddin mengambil keputusan meletak jawatan dalam parti untuk men...

SANDAKAN: Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri Sabah, Datuk Armani Mahiruddin mengambil keputusan meletak jawatan dalam parti untuk menyokong penuh Parti Warisan Sabah (Warisan) di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Selain itu, beliau turut melepaskan jawatannya sebagai Exco Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita UMNO Bahagian Libaran dan Ketua Cawangan UMNO Merpati Permai Libaran. 

Turut mengikut langkah beliau menyertai Warisan ialah 200 ahli pergerakan parti tersebut.

Armani berkata, keputusan itu diambil selepas memikirkan tiada hala tuju dalam UMNO.

"Kami menyertai Warisan sebagai ahli biasa kerana keutamaan kami adalah untuk menyokong perjuangan Datuk Seri Mohd. Shafie yang ingin memastikan nasib rakyat Sabah terus dibela," katanya hari ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top