[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



"Kontrak Perkhidmatan" Ketua Setiausaha Perbendaharaan Di Pendekkan, Setiausaha Kerajaan Pahang Bila Lagi?


KUANTAN: Susulan tindakan Kerajaan Malaysia yang memutuskan supaya perkhidmatan kontrak Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah dipendekkan sehingga 14 Jun 2018.

Maka, ramai rakyat Pahang tertanya-tanya, bilakah kontrak perkhidmatan Setiausaha Kerajaan Pahang,  Dato' Sri Muhammad Safian Ismail akan ditamatkan?. 

Ini kerana, Pahang kini sudah mempunyai Menteri Besar yang baharu iaitu Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail. Maka sudah pasti beliau memerlukan pasukan baharu untuk memulihkan semula ekonomi negeri Pahang. 

Berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara 2016, kadar hutang yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Pahang meningkat dan merupakan jumlah tertinggi iaitu RM1,087.93 juta berbanding RM929.85 juta pada akhir 2015. 

Sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, Safian sepatutnya memahami kehendak rakyat dan wajar mengundur diri secara terhormat apabila melihat bekas Menteri Besar Pahang, Dato Sri DiRaja Adnan Yaakob berbuat demikian.

Tambahan pula, Safian sudah beberapa kali menyambung kontrak beliau tanpa prestasi yang membanggakan buat negeri Pahang (kedudukan teratas hutang kepada kerajaaan pusat).

Makanya, beliau harus sedar Menteri Besar Pahang yang baharu wajar mempunyai pasukan yang mantap untuk memacu perkembangan ekonomi negeri ini untuk tahun-tahun mendatang.

Ramai melihat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang gagal memainkan peranan yang baik untuk kemajuan negeri sebenarnya. 

Banyak aduan dan laporan daripada ramai pihak tentang keterlibatan beliau sendiri dalam perkara yang bercanggah dengan tanggungjawabnya termasuk dalam isu tanah serta projek-projek lain di Pahang.

Rakyat Pahang sudah celik mata dan memandang semua ini dengan mata kepala mereka. Malah ada pihak telah membongkarkan banyak isu, dimana beliau menggunakan kedudukannya sebagai Setiausaha Kerajaan Pahang selama ini. 

Justeru adalah lebih baik, beliau mengundur diri secara terhormat agar Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu boleh dilantik bagi membantu Menteri Besar menaikkan semula imej negeri Pahang yang kian merudum dengan masalah hutang sekarang ini.

Jika kontrak perkhidmatan Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu boleh dipendekkan maka kenapa tidak Setiausaha Kerajaan Pahang?. 

Malah, beliau adalah  Setiausaha Kerajaan Pahang yang paling lama menyambung kontrak hingga menafikan hak orang lain untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]