PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Khaled: Tindakan "Tiga" ADUN BN Johor Lompat Parti Tak Berprinsip
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JOHOR BAHRU:  Tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang mengumumkan akan menyertai Parti Pribumi Bersa...

JOHOR BAHRU: Tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang mengumumkan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dianggap tidak bermoral.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkata, tindakan tersebut bagaimanapun merupakan satu kebebasan yang harus dihormati oleh parti dan tidak seharusnya dihalang secara keras dan tegas.

"Namun parti beranggapan ia adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan tidak seharusnya dilakukan disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya menyemak timbal balik kekalahan untuk memberi peluang parti yang memenangi PRU mengotakan janji-janji mereka.

"Selain itu, tindakan ini boleh dianggap sebagai tindakan membelakangkan ideologi, prinsip dan nilai yang selama ini diangkat dan dipromosikan oleh parti yang diwakili," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata, tindakan melompat parti adalah satu pengkhianatan kepada harapan, usaha keras dan kepercayaan semua pihak yang telah bertungkus-lumus ketika PRU-14 yang lalu.

Semalam, ADUN Johor Lama, Rosleli Jahari; ADUN Endau, Alwiyah Talib dan ADUN Sedili, Rasman Ithnain serta lebih 40 ahli UMNO yang lain mengumumkan akan menyertai PPBM. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top