[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Lantik 'Mat Sabu' Sebagai Menteri Pertahanan Menjadi Bahan Jenaka Netizen


Perlantikan Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan Malaysia yang baharu seperti diumumkan oleh Tun Dr Mahathir kelmarin telah menjadi bahan jenaka oleh para netizen di media sosial.

Ramai yang merasa terkejut dan lucu melihat situasi itu. Ada pulak yang menyebarkan gambar "super impose" Mat Sabu memegang senjata dengan memakai pakaian tentera.

Malah ada yang panik, seorang seperti Mat Sabu yang terkenal dengan aksi humornya ketika berceramah kini bergelar seorang "menteri". 

"Saya rasa, Mat Sabu lebih sesuai menjadi Menteri Pertanian berdasarkan imej beliau yang nampak kekampungan. Menteri Pertahanan perlu dari kalangan orang yang lebih tegas dan nampak garang", kata seorang netizen.

"Saya tak boleh bayangkan bagaimana penerimaan anggota tentera apabila Mat Sabu turun padang nanti. Malah, beliau juga akan memeriksa kawad perbarisan dalam mana-mana acara yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia... dengan imej dia selama ini yang lucu.. saya takut nanti ada anggota yang tersenyum dan tergelak serta  tak boleh fokus kepada perbarisan", kata seorang lagi netizen.

Perdana Menteri kelmarin mengumumkan Mat Sabu (Menteri Pertahanan), Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri). Tiga portfolio utama ini diisikan terlebih dahulu bagi memudahkan urusan negera pada masa ini. 

Apa pun kerajaan digesa memantau dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang membuat sindiran yang  keterlaluan terhadap mana-mana menteri yang dilantik. Ia bagi membolehkan rakyat tidak memperlekehkan usaha Tun Mahathir itu, #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]