IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Lapan ADUN "Di Lantik" Jadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang


PEKAN - Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang berkuatkuasa hari ini.

Pengurniaan Surat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan telah diperkenan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas perlantikan Menteri Besar di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Senarai ADUN tersebut adalah Datuk Seri Sharkar Shamsudin (Lanchang), Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin (Kuala Sentul), Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad (Kerdau), Datuk Seri Norol Azali Sulaiman (Guai), Datuk Seri Johari Hussein (Tioman), Datuk Nazry Ngah (Pulau Tawar), Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff (Bebar) dan Abd. Rahim Muda (Lepar).

Sementara itu, tiga Exco terdahulu yang digugurkan daripada senarai ialah Datuk Seri Abu Bakar Harun (Chini), Datuk Shahiruddin Ab. Moin (Dong) dan Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif (Inderapura). #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]