IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Lim Guan Eng Dan Phang Kemuka Representasi Gugur Kes Rasuah Banglo


GEORGE TOWN: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan pertuduhan kes rasuah melibatkan pembelian banglo di bawah nilai pasaran yang dihadapi mereka.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Lim semasa kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Ramkarpal berkata pihaknya akan mengemukakan representasi itu dalam masa terdekat bagi memohon Jabatan Peguam Negara menyemak semula pertuduhan tersebut dan seterusnya menggugurkannya.

Sehubungan itu beliau memohon satu tarikh sebutan baharu bagi memaklumkan perkembangan kes itu dan permohonan sama turut dimaklumkan peguam Phang iaitu Datuk V. Sithambaram yang memberitahu bahawa beliau mendapat arahan daripada anak guamnya untuk membuat representasi bagi menyemak dan menarik balik pertuduhan yang dihadapi Phang.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud memaklumkan pihaknya belum menerima permohonan representasi terbabit dan tidak membantah untuk penangguhan kes tersebut. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]