PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lim Guan Eng Akan Umum Hapus GST, Selepas "Angkat Sumpah" Di Hadapan Yang Dipertuan Agong.
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
GEORGETOWN: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan sebarang ulasan rasmi membabitkan kementeriannya hanya akan dibuat selepas belia...

GEORGETOWN: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan sebarang ulasan rasmi membabitkan kementeriannya hanya akan dibuat selepas beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agong.

Guan Eng berkata, jawatannya sebagai Menteri Kewangan masih belum disahkan selagi istiadat berkenaan belum dijalankan secara rasmi, selain menyifatkan setiap ulasan sebelum proses itu sebagai tidak matang.

"Beri sedikit masa sehingga jawatan saya sebagai Menteri Kewangan disahkan di hadapan Yang Dipertuan Agong dan tiada komen mengenai urusan kementerian sehingga saya mengangkat sumpah.

"Saya yakin semua urusan berkaitan Kementerian Kewangan akan dijalankan esok secara rasmi," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas urusan berkaitan jual beli saham yang akan mula diniagakan esok, pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini hari ini.

Pada masa sama, Guan Eng turut menyatakan kesediaan pihaknya menghapuskan sistem percukaian sedia ada termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti dijanjikan Pakatan Harapan (PH) dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

"PH tidak akan lupa janji kita untuk mansuhkan GST. Biarkan kita menjalankan urusan menghapuskan GST ini selepas saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan nanti," katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top