IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Maglin: M.Kayveas "Sah", Telah Di Lucutkan Jawatan Presiden MyPPP


KUALA LUMPUR: Tan Sri M. Kayveas sah dilucutkan jawatan Presiden MyPPP dan digantikan Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz.

Dalam satu sidang media hari ini, Maglin berkata keputusan itu telah dipersetujui dan disahkan sebulat suara semasa mesyuarat agung tahunan MyPPP ke-64 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

"Ini adalah mesyuarat agung yang sah dengan kehadiran 1,236 perwakilan dari seluruh negara. Mesyuarat bersetuju mengiktiraf saya sebagai presiden yang sah manakala Datuk Loga Bala Mohan akan menyandang jawatan Naib Presiden Kanan MyPPP," katanya.

Maglin juga menegaskan parti itu kekal bersama Barisan Nasional (BN) meskipun Kayveas semalam mengumumkan MyPPP bukan lagi sebahagian daripada BN.

"Apa yang dikatakan Kayveas hanya pandangan peribadi dan tidak mewakili parti kerana beliau telah dipecat dan dilucutkan keanggotaannya," katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]