PROMOSI HEBAT !! MURAH !! MURAH !! PM 601120682238 UNTUK INFO LANJUT
 

pahangdaily pahangdaily Author
Title: "Majlis Angkat Sumpah" Menteri Besar Perak Baharu, 5.00 Petang Ini
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
IPOH: Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Perak yang baharu akan berlangsung di Istana Iskandariah jam 5 petang ini. Ahli Dewan Nega...

IPOH: Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Perak yang baharu akan berlangsung di Istana Iskandariah jam 5 petang ini.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata, waktu mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah membabitkan wakil Barisan Nasional (BN) yang sepatutnya dijadualkan jam 9 pagi ini juga dilanjutkan ke jam 2 petang, waktu yang sama ditetapkan kepada wakil Pakatan Harapan (PH) untuk mengadap.

Beliau berkata, lanjutan waktu itu dibuat bagi membolehkan wakil kedua-dua pihak membuktikan bahawa mereka mempunyai sokongan dengan jumlah majoriti mudah bagi membolehkan kerajaan negeri baharu dibentuk.

"Pada mulanya begitulah (masa perjumpaan wakil BN jam 9 pagi) tetapi apabila wakil Pakatan Harapan minta sehingga jam 2 petang maka ia tidak adil (untuk beri wakil BN masuk mengadap dahulu)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada kumpulan pemberita yang menunggu di hadapan pintu masuk Istana Kinta di sini pagi ini.

Mohd Annuar berkata, ketika ini pihak Istana sedang menunggu panggilan daripada wakil kedua-dua pihak untuk meyakinkan Istana bahawa mereka mempunyai jumlah majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Beliau berkata, perkara itu penting kerana Sultan Nazrin tidak mahu menangguhkan penubuhan kerajaan kerana ia perlu disegerakan.

Katanya, persiapan bagi Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Baharu sudah pun dibuat dan jemputan juga sudah diedarkan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top