[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Mat Said: Berdasarkan Rekod, Tun Mahathir Mampu Untuk Pulihkan Ekonomi


KEMAMAN: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yakin terhadap kemampuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memulihkan ekonomi negara berdasarkan rekod pencapaian beliau sebelum ini.

Ketua UMNO Bahagian Kemaman itu berkata, beliau yakin dengan pengalaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun (1981-2003) beliau sudah tentu mempunyai formula dan mekanisme tertentu bagi mencapai matlamat itu.

"Saya ucapkan tahniah kepada Tun kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah setelah 15 tahun meninggalkan jawatan bertanding balik dan diberi kepercayaan oleh rakyat (sebagai Perdana Menteri)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Teluk Kalong, Kijal di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu beliau meminta semua pihak menerima hakikat pelantikan semula Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana ternyata khidmatnya diperlukan oleh negara dan rakyat.

Dr Mahathir dilantik sekali lagi sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh selepas Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan beliau menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan berjaya membentuk kerajaan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]