IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

MPK Mengarahkan Semua Bahan Kempen ‘Di Turunkan’ Sebelum 5 Petang Ini


KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memberi tempoh sehingga jam 5 petang hari ini untuk semua parti politik menurunkan poster dan bendera dipasang sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zainal Muhammad Safian, berkata tempoh yang ditetapkan sudah berakhir Rabu lalu, tetapi pihaknya masih memberi peluang kepada parti politik menurunkan bahan kempen itu.



Katanya, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan wang deposit tidak akan dikembalikan.
"Jika bahan kempen tidak dibersihkan, wang deposit RM5,000 bagi calon Parlimen dan RM3,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan dikembalikan.
"Arahan penurunan bahan kempen berkuat kuasa sejak 10 Mei lalu dan setakat ini masih ada poster dan bendera dipasang parti politik belum diturunkan.
"Kita masih lagi memberi peluang wakil semua parti sehingga petang ini untuk mereka menurunkan semua bahan kempen," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Tinjauan di sekitar pusat bandar mendapati masih ada bendera parti politik yang belum diturunkan.. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]