IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Najib Dan Rosmah Cuba Lari Atau Benar Mahu Bercuti Ke Indonesia ?


KUALA LUMPUR: Heboh diperkatakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor mahu bercuti selama dua hari ke Indonesia.

Ramai yang gusar ia adalah satu langkah terancang untuk mantan PM itu melarikan diri ke luar negara. Tambahan pula mereka akan menaiki jet pribadi Premi Air, yang dimiliki oleh  Peter Sondakh yang juga merupakan pemilik PT Rajawali Corp, Indonesia.

Rakyat khuatir Peter Sondakh mengarahkan orang-orangnya akan menjemput Najib. Di mana beliau dikatakan terlibat dalam penjualan kontrovesial 37 peratus saham di Eagle High Plantations ke Felda seharga US$505,4 juta pada tahun lalu.

Malah, ada pihak yang melaporkan Najib dan Rosmah sudah siap berkemas dan membawa beg ke dalam beberapa buah kenderaan ketika majlis angkat sumpah Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri kelmarin. 

Persoalnya, apakah Najib dan Rosmah lari atau mereka benar-benar bercuti akibat kecewa dengan kekalahan BN pada PRU14 lalu. 

Ketika ini semakin ramai penyokong Pakatan Harapan yang berhimpun di Lapangan Terbang Subang, mungkin untuk menghalang Najib dan Rosmah lari ke luar negara gamaknya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan terkini isu ini. #PDO


0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]