SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





Najib Rai Pengundi Luar, Ingatkan PRU Bukanlah Masa Bersuka Ria !


PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menutup kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Pahang dengan meraikan pengundi luar kawasan Parlimen Pekan pada majlis di Bilik Gerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Dalam ucapannya, Najib yang bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pekan mengingatkan pengundi bahawa PRU kali ini adalah amat penting untuk masa depan rakyat dan negara dan bukan masa untuk bersuka ria.

Beliau berkata kehadiran untuk mengundi pada esok hari bukan sekadar bagi menunaikan tanggungjawab mengikut Perlembagaan Negara semata-mata tetapi satu perlakuan yang boleh menentukan hala tuju masa depan rakyat dan negara.

"Sebab itu saya mengajak anda semua memahami tentang apa yang akan dilakukan kerajaan BN bersandarkan apa yang saya dan rakan-rakan pimpinan telah bentangkan dalam manifesto.

"Bagi anak muda seperti anda, BN janjikan tiga juta peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun dan peluang kerja selepas enam bulan menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi, satu manifesto komprehensif yang tidak pernah dibentangkan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata pengundi dan mereka yang pulang mengundi perlu tahu parti mana yang boleh memberi manfaat dan keuntungan kepada seluruh masyarakat, bukannya terpesona dengan gabungan pembangkang yang rapuh dan tidak boleh menjamin masa depan yang gemilang.

Najib berkata jika sekali lagi dipilih sebagai anggota Parlimen Pekan, beliau akan melakukan lebih banyak usaha untuk memajukan daerah ini dan juga negara.

Katanya apa yang beliau mahu ialah, bukan sahaja Pekan kekal di tangan BN malam esok tetapi ia adalah kemenangan yang besar dari segi majoriti.

"Jika dahulu kita menang dengan majoriti 35,617 undi, saya mahu tuan-tuan tingkatkan majoriti itu kepada 40,000, " katanya disambut tepukan oleh hadirin.

Program anjuran Kelab Anak Wawasan Pekan Pahang (Kawan) itu, berjaya membawa pulang seramai 2,408 pengundi luar dari Pahang selepas inisiatif itu digerakkan sebulan yang lalu. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]