[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Najib Tenang Bersalaman Dengan Jemaah Solat Jumaat, Surau PWTC


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan solat Jumaat di Surau Ar Rahman di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Bekas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional itu bertolak dari kediamannya di Jalan Langgak Duta ke PWTC kira-kira pukul 1.00 tengah hari tadi.

Turut hadir solat berama beliau ialah Pemangku Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pemangku Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Usai solat, mereka bertiga bersalaman dan berpeluk erat antara satu sama lain bersama jemaah yang hadir.

Suasana suram dalam kalangan jemaah dapat dirasai, walau bagaimanapun Najib kelihatan tenang dan sentiasa tersenyum apabila bersalaman dengan para jemaah sebelum meninggalkan dewan solat. #sumber


0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]