[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Najib Teruja, Lihat Perkampungan Nelayan Di Kuala Pahang Berubah Wajah


PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak teruja dengan inisiatif Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang berjaya mengubah landskap dan identiti Kuala Pahang di sini sebagai sebuah perkampungan nelayan berteknologi tinggi.

Melalui Program Facelift D’ Kuala Pahang, sebanyak 61 buah rumah dibaik pulih termasuk enam dibina baharu dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi fasa pertama.


Bersempena Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Nelayan Kuala Pahang, beliau mengadakan kunjungan di sebuah rumah milik seorang warga emas, Wan Lijah Wan Ahmad, 80, yang berubah wajah 100 peratus hasil inisiatif UMP.

Rumah warga emas yang dibaik pulih dengan kos sebanyak RM35,000 itu turut dilengkapkan panel solar untuk bekalan elektrik dan air.

Najib turut bermesra dan bertanya khabar dengan murid-murid sekitar di sebuah pusat sehenti yang dinamakan sebagai Kuala Pahang House.

Yang turut hadir ialah Naib Canselor UMP, Datuk Seri Dr. Daing Nasir Ibrahim. #sumber


0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]