[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



NGO 'Terkejut', Majlis Perlantikan Menteri Besar Pahang Di Tangguh


KUANTAN: Amat mengejutkan apabila satu majlis perlantikan Menteri Besar Pahang tiba-tiba ditangguhkan. Inilah yang sedang bermain difikiran rakyat Pahang sekarang ini. 

Majlis yang sepatutnya berlangsung hari ini di Istana Abu Bakar di Pekan itu ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Malah difahamkan majlis itu akan diadakan sebelum bermulanya Ramadan.

Ketika mengulas senario ini, Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli berkata ini sesuatu yang tidak masuk dek akal. Kebiasaannya, negeri Pahang adalah yang terawal melantik Menteri Besar selepas kemenangan dalam setiap kali pilihanraya umum.

"Namun kali ini agak berbeza dan memusykilkan sama sekali. Ramai yang menghubungi saya bertanyakan apa yang terjadi sebenarnya. Tidak pernah terjadi situasi begini di Pahang sebenarnya", kara Shukri.

Sebelum ini ada dilaporkan bahawa Datuk Seri Adnan Yaakob menolak jawatan Menteri Besar dan menyerahkan kepada Sultan Pahang untuk menentukannya.  Malah beliau dikatakan telah menghubungi pihak tertentu agar menjadi MB, namun ia ditolak oleh pihak terbabit.

"Semua ADUN BN di Pahang mugkin takut dan gusar untuk menerima jawatan MB diketika Kerajaan Negeri Pahang mempunya tunggakan hutan dengan kerajaan pusat dalam jumlah yang terlalu besar (bilion)". 

"Sebelum ini, jawatan MB laris macam goreng pisang, mungkin kerana kerajaan pusat ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional. Namun kini, Putrajaya telah dirampas oleh Pakatan Harapan. Ini menyebabkan sesiapa sahaja yang menjadi MB akan berhadapan dengan situasi getir.. tiada lagi kemudahan pinjaman dari pusat seperti dulu. Itu belum lagi jika pusat mengarahkan hutang tertunggak dibayar.. ", kata Shukri lagi.

Tambahan pula katanya, Pahang kini menjadi negeri pembangkang dan bukan lagi sealiran dengan kerajaan pusat. Maka sudah pastilah berbagai peruntukan kewangan yang dinikmati selama ini juga kian samar-samar. Persoalannya, kenapa majlis sepenting melantik Menteri Besar ini boleh ditangguhkan?. Apakah yang terjadi sebenarnya?, tambah beliau.

Nantikan laporan seterusnya kemelut ini. #PDO


0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]