IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Orang Ramai Terkejut, Jumpa MB Pahang "Pekena Cendol" Di Gerai Mamak Pokok Ceri


KUANTAN: Orang ramai yang berkunjung ke gerai mamak pokok ceri di Jalan Bukit Ubi dekat sini terkejut apabila melihat seorang tokoh politik yang baru saja di lantik sebagai Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tiba-tiba berada di situ.

Kehadiran Wan Rosdy asalnya memang tidak di sedari oleh orang ramai sebenar. 

"Saya tak sangka, belum sampai beberapa jam dilantik, kami boleh berjumpa beliau di gerai mamak pokok ceri. Saya dan kawan-kawan selalu berkunjung ke sini untuk minum cendol dan pekena roti cicah sup kat sini", kata seorang pengunjung. 



Difahamkan, Menteri Besar Pahang itu memang selalu ke lokasi untuk minum cendol. Tambahan pula warung mamak pokok ceri memang sudah sekian lama wujud dan menjadi tarikan kepada warga Kuantan. 



Turut bersama beliau ialah ADUN Padang Tengku, Datuk Mustapa Long. Orang ramai yang teruja dengan kehadiran beliau,  tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan dengannya. 



Ramai yang mengganggap, Wan Rosdy adalah seorang Menteri Besar Rakyat yang amat dikagumi oleh kawan serta lawan. Justeru, pemilihannya amatlah bertepatan sekali dalam usaha mengembalikan semula kekuatan UMNO Barisan Nasional di negeri Pahang khasnya dan Malaysia amnya.



Sungguh mengejutkan seorang Menteri Besar boleh datang ke warung bawah pokok, dan ia memang menjadi kebiasaan Wan Rosdy sejak sekian lama. Moga beliau berjaya membawa perubahan besar kepada negeri Pahang hendaknya selepas ini. #PDO

Kredit to Rodi Rahman

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]