[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Pakatan Harapan Putuskan Mana-Mana Menteri Zaman Najib Tak Di Terima Masuk


PETALING JAYA: Mana-mana ahli politik yang pernah menjadi menteri Kabinet ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak akan diterima untuk menyertai Pakatan Harapan (PH).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata itu antara perkara yang diputuskan ketika mesyuarat Majlis Presiden PH di sini, hari ini.

"Parti lawan sedang menghadapi masalah migrasi ketika ini. Ramai ahli mereka keluar parti dan ada yang ingin sertai PH.

"Kita meletakkan satu dasar berkuat kuasa saat ini, iaitu ahli parti lawan (yang mahu sertai PH) perlu keluar daripada parti mereka, menjadi anggota Bebas dan kemudian mengisytihar sokongan kepada kerajaan PH terlebih dahulu.

"Pemimpin parti lawan yang sudah berada dalam kerajaan (sebelum ini) pula tidak boleh diterima oleh mana-mana parti komponen PH.

"Mungkin PH akan menyemak semula keputusan ini pada masa depan, tetapi inilah perkara yang diputuskan buat masa ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di sini, hari ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]