IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

PAKP "Yakin" MB Baharu Mampu Memacu "Kegemilangan" Negeri Pahang


PEKAN: Perlantikan ADUN Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar Pahang yang baharu dilihat dapat kembali memacu kegemilangan negeri ini khususnya dari sudut pembangunan ekonomi.

Presiden Persatuan Anak Kelahiran Pahang (PAKP), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, rakyat turut yakin dengan kewibawaan Wan Rosdy membawa perubahan positif termasuk menangani beberapa isu hangat yang membelenggu Pahang seperti hutang berbilion ringgit yang ditanggung daripada Kerajaan Pusat.

Mengutarakan pendapat, Syed Faiz menyifatkan antara inisiatif yang boleh diambil oleh beliau (Wan Rosdy), seperti pencerobohan dan penerokaan hutan serta tanah secara haram menyumbang kepada "imej fakir" negeri Pahang dan keadaan kian buruk tanpa sebarang usaha untuk mengekangnya dari terus berlaku sebelum ini.

"Pahang merupakan negeri terbesar di semenanjung Malaysia, malah terkenal mempunyai khazanah kekayaan hasil bumi.

Pahang juga turut menjana pendapatan melalui hasil mineral (perlombongan), pembalakan serta perladangan.

"Namun apa yang menarik perhatian ialah isu penerokaan tanah secara haram yang kian berleluasa malah telah mengalirkan banyak wang keluar yang sepatutnya menjadi hasil kerajaan negeri Pahang sendiri terlepas begitu sahaja.

"Kerajaan negeri boleh memeriksa hal ini secara mudah dengan melihat laporan awam yang diaju di pejabat tanah setiap daerah berkenaan hal pencerobohan hutan, pembalakan, perlombongan secara haram dan mengusahakan tanaman seperti penanaman sawit secara tidak sah (atas tanah kerajaan)," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Syed faiz berkata, hasil mahsul di dalam negeri ini turut menjadi hak rakyat di mana kerajaan hendaklah menguruskannya dengan baik dan mendatangkan manfaat terhadap kesejahteraan hidup rakyat.

"Perkara ini nampaknya tidak berlaku sebelum ini, malah kerajaan negeri menanggung hutang yang begitu banyak sehingga mengalami kerugian sehingga berbillion ringgit.

Pihak pentadbiran seharusnya sedar bahawa mereka mampu jana pendapatan dalam masa singkat jika isu ini dapat diselesaikan dan akan mengembalikan semula hak kerajaan.

"Saya berpendapat kerajaan negeri akan mampu membayar kembali hutang kerajaan pusat dalam masa yang singkat daripada yang dijangka sekiranya isu ini diselesaikan" katanya.

Tambahnya lagi, penelitian turut perlu diberikan kepada cara kerajaan menangani hal berkenaan dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Penyelesaian bagi isu-isu utama berkaitan hasil bumi negeri ini.

Di samping itu, kerajaan negeri boleh memikirkan kerjasama yang mampu diwujudkan dengan syarikat yang terlibat melalui rundingan antara pegawai kerajaan dan mereka yang berkelayakan tapi tidak mempunyai kelulusan tetapi telah mengusahakan tanah kerajaan.

"Bukan mahu menggalakkan pencerobohan tetapi mereka sudah pun ceroboh dan menunjukkan keupayaan dan komitmen untuk memajukan sesebuah kawasan. Sudah pasti kerajaan negeri tidak sepatutnya bertindak tidak profesional dengan merosakkan tanaman yang diusahakan dan menghentikan operasi yang boleh mendatangkan hasil terhadap negeri.

"Kita tahu ia dilakukan secara haram, namun masih ada jalan penyelesaian yang lebih baik seperti memberikan kelulusan kepada mereka yang sedia ada dan benar-benar layak serta telah terbukti bahawa mereka menjalankan kerja dan projek dengan berjaya.

"Ini perkara yang lebih baik untuk diberi fokus daripada terus menawarkan kelulusan pada syarikat-syarikat yang belum tentu betul-betul mampu melaksanakan projek.

"Kerajaan negeri juga boleh memberi kelulusan namun dalam masa sama meletakkan syarat seperti syarikat terlibat (pencerobohan) perlu membayar denda yang setimpal atas kesalahan, kemudiannya meminta mereka menjelaskan premium, sewaan atau pemilikan sementara tanah, membayar cukai, mengutip hasil tahunan dan mengambil pekerja di kalangan rakyat tempatan (bukan buruh asing).

"Saya percaya usaha berkenaan lebih berkesan dan terjamin untuk menangani isu ekonomi di negeri ini malah membayar balik hutang piutang yang kian merencat pembangunan di negeri ini.

"Dengan ini juga, kepercayaan harus diberikan kepada Datuk Seri Wan Rosdy agar beliau bersemangat untuk memimpin negeri Pahang menuju arah kegemilangan," akhirinya. #PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]