IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Pekerja Kasino Rugi RM10,600 Di Tipu Iklan Pinjaman Tidak Wujud


KUANTAN: Gara-gara terpengaruh dengan iklan pinjaman di laman Facebook, seorang pekerja kasino di Genting Highlands, kerugian RM10,600 selepas diperdaya sindiket pinjaman wang tidak wujud, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 36 tahun telah melihat iklan di Facebook yang diiklankan oleh syarikat Online Credit Finance Enterprise dan berhasrat untuk membuat pinjaman menerusi tawaran terbabit.

Menurutnya, lelaki itu kemudian segera berurusan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Jason dan bersetuju untuk membuat permohonan pinjaman sebanyak RM50,000.

“Selepas membuat perbincangan dan memberikan gambar dokumen peribadi, mangsa diminta untuk membayar beberapa bayaran yang dikenakan untuk tujuan wang proses dan guaman.

“Pada mulanya, mangsa yang tidak mensyaki apa-apa membuat bayaran berkenaan dengan memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan suspek dengan jumlah keseluruhan RM10,600,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, selepas mangsa memasukkan wang berkenaan, suspek gagal dihubungi dan mangsa tidak menerima wang pinjaman yang dijanjikan.
Jelasnya, disebabkan mangsa merasakan dirinya ditipu, laporan polis telah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

Dalam pada itu, Mohd Wazir berkata, modus operandi dilakukan sindiket ini adalah dengan menawarkan pinjaman wang sebelum mangsa diminta menyerahkan sejumlah wang kononnya sebagai yuran proses dan guaman.

“Sebaik menerima wang yang dimasukkan ke dalam satu akaun bank, suspek akan mengarahkan mangsa untuk memasukkan sejumlah wang lagi sebelum mereka 
menyedari ditipu sindiket terbabit,” katanya.

Kes  ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]