[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Pelantikan "Tiga" Menteri Kanan Kabinet Tidak Ketepi Mana-Mana Parti Dalam PH


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pelantikan tiga menteri kanan Kabinet semalam dibuat tanpa mengetepikan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Perdana Menteri berkata selain keputusan dibuat melalui Majlis Kepimpinan Tertinggi PH yang membincangkan dasar-dasar Pakatan Harapan (PH), ia juga dilakukan melalui Jawatankuasa Lima Pemimpin Tertinggi yang dianggotai empat presiden parti komponen PH serta dipengerusikan beliau sendiri.

Beliau berkata ini kerana Majlis Kepimpinan Tertinggi sukar untuk membuat perjumpaan dengan kerap atau segera dalam memutuskan sesuatu perkara.

"Inilah cara yang kita lakukan apabila menubuhkan satu badan ataupun dalam saya menamakan menteri-menteri asas.

"Semua lima orang tahu apa yang diputuskan dan menjadi tanggungjawab mereka jika mereka perlu laporkan kepada ahli (parti) masing-masing, jika tidak, kita akan sahkan keputusan-keputusan ini dalam Majlis Presiden. Majlis Presiden dianggap sebagai Majlis yang tertinggi," katanya dalam sesi penerangan kepada RTM dan Bernama di kediaman beliau di sini, hari ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]