SELAMAT ULANGT HARI ULANG TAHUN KE-10 PAHANG DAILY ONLINE (31/8/2008 - 31/8/2018)

[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]





Pemangku Ketua Bahagian PPBM Temerloh Nafi Keluar Parti Sertai UMNO


MENTAKAB: Pemangku Ketua Bersatu Bahagian Temerloh menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau sudah keluar parti dan menyertai Umno.

Mohd Anuar Aziz berkata, kenyataan yang dikeluarkan ketua bahagian dan ketua pemuda bahagian itu sebelum ini pada 6 Mei lalu adalah palsu serta berniat tidak baik.

Dalam kenyataan itu, katanya, beliau dikatakan mengumumkan keluar Bersatu dan akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada BN.

“Sebenarnya mereka (Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda Bahagian) itu telah disingkirkan keahliannya pada Oktober tahun lalu. Sekarang saya adalah Pemangku Ketua Bahagian ini. Tapi saya tidak menyertai UMNO.

“Saya kira kenyataan mereka merupakan kenyataan terdesak yang mempunyai motif tertentu. Tindakan mereka untuk merosakkan Pakatan Harapan (Harapan) sempena PRU14,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata sedemikian pada sidang media bersama barisan jawatankuasa bahagian itu di Bilik Gerakan di Kampung Tanjung Kerayong, di sini.

Mohd Anuar berkata, beliau masih teguh dan tetap bersama Bersatu dan Harapan.

"Saya  tidak akan berganjak dan berikan sokongan sepenuhnya kepada Harapan,” katanya sambil memberitahu bahagian itu mempunyai kira-kira 600 ahli.

Dalam masa sama, Mohd Anuar menjelaskan bekas Ketua Bahagian itu sebenarnya hanya dalam cadangan bahagian berkenaan sebagai ketua.

Bagaimanapun, katanya, beliau dilantik menjadi Pemangku Ketua Bahagian selepas ketua bahagian itu dipecat.

“Saya adalah timbalan sebelum ini. Selepas pemecatan itu, saya serta merta dilantik sebagai Pemangku Ketua Bahagian ini,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]