IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

PH Sarawak Tolak Langkah Untuk Terima PBB Sertai Gabungan Itu !


PETALING JAYA: Pakatan Harapan di Sarawak menolak sebarang usaha menerima parti dari Barisan Nasional Sarawak, terutama Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB), ke dalam gabungannya selepas mengambil alih kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum pada Rabu.

Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen malam tadi berkata menerima parti seperti PBB seperti menerima UMNO menyertai PH.

“Kami bekerja keras melawan rejim korup itu,” katanya.

Beliau menambah tidak masuk akal untuk membenarkan parti-parti BN Sarawak menyertai PH Sarawak, “dan dengan itu menutup semua rasuah yang dilakukan oleh mereka”.

Pakatan Harapan dalam proses membentuk kerajaan persekutuan, selepas Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik perdana menteri semalam.

PH bagaimanapun masih parti pembangkang di Sarawak dan kerajaan negeri ditadbir oleh BN Sarawak, diketuai PBB bawah Datuk Abang Johari Openg.

Dr Mahathir dilapor mengadakan perbincangan dengan Yang di-Pertua Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di Kuala Lumpur hari ini. Mesyuarat itu dikatakan juga disertai sekutu Dr Mahathir, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Tidak diketahui apa yang sedang dibincangkan. Chong berkata laporan itu berdasarkan “sumber yang tidak disahkan”.

Laporan Malaysiakini berkata Taib akan memanggil Abang Johari untuk satu perbincangan dan satu mesyuarat tergembar melibatkan para Adun dan Ahli Parlimen BN akan diadakan pada Rabu untuk membincangkan masa depan parti-parti Sarawak dalam BN.

BN Sarawak sekarang dianggotai PBB, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). Terdapat kemungkinan beberapa parti akan meninggalkan BN Sarawak jika kerajaan persekutuan bertukar tangan.

Tetapi Chong, yang juga pengerusi DAP Sarawak berkata: “Parti kami bekerja keras atas landasan integriti dan penyokong kami menyokong kami melalui masa-masa sukar kerana mereka percayakan integriti kami.

“Atas sebab itu, kami tidak boleh dan tidak akan menerima Barisan Nasional Sarawak, terutama PBB, ke dalam PH Sarawak,” katanya.

Tentang sama ada ahli-ahli individu dari parti-parti BN akan diterima, beliau berkata mereka mesti ditapis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]