IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

PRU14: Rosmah "Minta" Pengundi Agar "Tidak Mengkut" Emosi Rabu Ini


PEKAN: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini meminta pengundi agar tidak bertindak mengikut emosi serta berfikir dengan teliti dalam memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14, Rabu ini.

Berucap di hadapan kira-kira 1,500 wanita dari beberapa tanah rancangan Felda di gugusan Felda Chini di sini, beliau turut memohon mereka memperhalusi buruk baik setiap perkara agar dapat bersama-sama menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju kelak.

"Kalau salah pilih ikut hati...(maklumat) dalam sosial media itu pula kita telan semua bulat-bulat, kita takkan tahu apa akan jadi 10 tahun akan datang

"Kalau kita senang kita nak anak-anak kita lagi senang daripada kita, cucu-cucu kita lagi senang, jadi untuk jamin masa depan kita pilihlah Barisan Nasional," katanya.

Rosmah juga berharap mereka tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang yang tidak henti-henti menyerang beliau dan suami Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penyebaran berita-berita palsu.

"Mereka hanya nak jatuhkan Najib (tapi) kadang-kadang tak dapat beliau saya pula yang kena," katanya.

Beliau turut menyifatkan perdana menteri sebagai seorang pemimpin yang sangat bersabar dan sentiasa mengutamakan masa depan rakyat.

"Macam mana penat pun dia akan fikir rancangan untuk rakyat? beliau lagi banyak stres tapi muka dia senyum, beliau tak pernah cakap apa-apa(buruk) pasal orang lain.

"Orang mengata pada beliau macam-macam, tapi beliau macam itulah... sentiasa senyum," katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]