[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Polis Nafi Serbu Apartmen, Lokasi Pindah Barang Mewah Milik Isteri Bekas PM


KUALA LUMPUR: Polis menafikan laporan beberapa portal berita yang mendakwa pasukan polis menyerbu sebuah apartmen mewah di Jalan Raja Chulan di sini petang semalam, berhubung pemindahan barangan mewah dipercayai milik isteri bekas Perdana Menteri.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya sedang menyiasat secara terperinci dakwaan itu selepas menerima laporan daripada Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tengah hari semalam.

"Pihak polis telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan rapi dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan bukannya melakukan serbuan.

"Laporan berita Reuters dan beberapa portal adalah palsu dan tidak benar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Mazlan berkata pihaknya juga telah merakam keterangan beberapa anggota polis bantuan di apartmen itu bagi membantu siasatan mengenai dakwaan terdapat maklumat dan rakaman video menunjukkan kira-kira 50 tas tangan Birkin dipindahkan daripada sebuah van ke beberapa unit apartmen itu.

Mazlan berkata beliau akan membuat laporan mengenai berita palsu yang melaporkan serbuan susulan kes itu dan mempersoalkan siapakah sumber polis yang dipetik dalam laporan berkenaan.

Malam tadi, sebuah agensi berita asing melaporkan kira-kira 20 anggota dan pegawai polis membuat serbuan di apartmen itu petang semalam susulan laporan yang diterima mengenai pemindahan barangan terbabit.

Tinjauan Bernama di lokasi berkenaan mendapati kira-kira 10 petugas media tempatan berkumpul di hadapan apartmen itu lewat malam tadi bagi membuat liputan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]