IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Polis Sahkan 'Najib & Rosmah' Tak Berlepas Dari LTAAS, Tiada Arahan Tahan


SUBANG: Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din mengesahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak menaiki mana-mana penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS), hari ini.

Selain itu, beliau turut menolak dakwaan bahawa polis menerima arahan untuk menahan Datuk Seri Najib atau menghentikan pergerakan bekas Perdana Menteri itu.

"Pihak polis tidak menerima apa-apa arahan untuk menahan Datuk Seri Najib.

"Mana-mana rakyat Malaysia yang ingin keluar atau memasuki negara harus mendapat kebenaran dari pihak imigresen.

"Mereka yang tidak ada urusan sama ada sebagai penumpang di kawasan ini dan sebagainya bolehlah beredar dari kawasan ini. Ini bagi mengelakan kesesakan jalan dan menimbulkan kesukaran kepada penumpang.

"Seperti yang diperhatikan, sebenarnya orang lain di dalam pesawat yang berlepas tadi dan mereka adalah warganegara asing," katanya di perkarangan LTAAS di Subang. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

شركة المثالية said...


شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]